BEST SELLER!

NEW ARRIVAL

DESIGN MAHKOTA

AKSESORI

DESIGN BAWAL

RECENT NEWS

SHIPPING & RETURN POLICY

  • Kami membuat penghantaran dalam Malaysia sahaja. Yuran pengeposan bergantung kepada berat tudung dan kawasan penghantaran berdasarkan kiraan kadar pengeposan.
  • Penukaran item hanya boleh dibuat jika ada kerosakkan pada barang seperti koyak atas kesalahan pihak kami sendiri. Item tidak dapat ditukar jika barang tidak menepati citarasa pelanggan kami. Untuk barang yang ada kecacatan, kos penghantaran balik kepada Inspirasi Jamha akan ditanggung oleh pelanggan, manakala kos penghantaran balik kepada pelanggan akan ditanggung oleh Inspirasi Jamha.
  • Penukaran dan penghantaran balik mestilah dilakukan dalam masa 3 hari selepas item sampai kepada pelanggan.
  • Item yang perlu membuat penghantaran balik mestilah berada dalam keadaan asal seperti mana diterima: BELUM DIPAKAI, TIDAK DIUBAH, dan BELUM DIBASUH. Barang akan diperiksa kembali selepas diterima.
  • Penukaran akan dilakukan selepas item yang dihantar sampai ke pihak kami dan menepati syarat- syarat penukaran.

SOALAN LAZIM

S: Kemana INSPIRASI JAMHA membuat penghantaran dan berapa kos penghantaran?

Kebiasaannya kami membuat pengeposan dalam Malaysia sahaja. Yuran pengeposan bergantung kepada berat tudung dan kawasan penghantaran berdasarkan kiraan kadar pengeposan.

S: Apa kaurier yang ditawarkan oleh INSPIRASI JAMHA?

Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak : City-Link Express

S: Berapa lama masa yang diambil?

Semenanjung Malaysia: 2 – 5 hari bekerja tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.

S: Bagaimana untuk saya dapatkan maklumat pengeposan?

Bila order diproses dan dibungkus, kami akan menghantar nombor pengesanan (tracking number) melalui email untuk pelanggan semak status bungkusan pada bila-bila masa. Nombor pengesanan ini akan dihantar melaui emel berdaftar. Sila periksa kotak spam atau junk mail sekiranya ada.

S: Barang saya belum diterima. Apa yang perlu saya lakukan?

Jika barang anda belum sampai, jangan risau. Anda boleh kesan status transit pesanan anda dengan klik link tersebut https://www.citylinkexpress.com/MY/Consignment.aspx. Jika anda ingin berurusan dengan wakil perkhidmatan pelanggan, mereka juga boleh dihubungi di talian 1300-88-2489

S: Pesanan saya tidak dihantar/hilang. Saya ingin wang dikembalikan.

Jika kes seperti ini berlaku, sila emelkan kepada kami maklumat pesanan anda kepada inspirasijamha75@gmail.com

Maklumat diperlukan:
– Nombor ID pesanan
– Nama Pelanggan
– Nombor telefon pelanggan

Kami akan bantu anda untuk periksa status bungkusan dan tuntuan bayaran balik daripada City-Link. Proses bayaran balik akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan.

S: Saya telah menerima pesanan saya. Tetapi satu item hilang. Apa yang perlu saya lakukan ?

Jika kes seperti ini berlaku, sila emelkan kepada kami maklumat pesanan anda kepada inspirasijamha75@gmail.com
Maklumat diperlukan;

– Kod item yang hilang
– Nombor ID pesanan
– Nama Pelanggan
– Nombor Telefon Pelanggan

Kami akan bantu anda untuk periksa status bungkusan dan tuntuan bayaran balik daripada kurier. Proses bayaran balik akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan.

S: Boleh saya self-collect?

Boleh. Sila datang ke butik kami : Kuala Nerus, Terengganu dan Putrajaya sahaja.

S: Bolehkah ISPIRASI JAMHA mempercepatkan proses pengeposan saya?

Proses penghantaran kami berdasarkan asas First Come First Serve. Mohon pelanggan kami yang disayangi untuk bersabar.